:: Klik Semua Wokayy :) ::

Wednesday, February 29, 2012

::: 16 nama ketua syaitan yang sentiasa menghasut kita.. ::




1. Zalitun, tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. Watin, tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH Taala.

3. A’awar, tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. Haffaf, tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah, tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud, tugasnya menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim, tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan, tugasnya menimbulkan rasa waswas dalam beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk.

9. Lakhus, tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada ALLAH SWT.

10. Sabrum, tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pada saat kematian ahli keluarga dan sebagainya.

11. Miswat / Maswat, tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal salih. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur / Zaknabur / Zalanbur, tugasnya ialah menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab, tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang, dengan membuatkan manusia berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis, tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh, inilah jenis syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas, inilah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH Taala, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya sepanjang masa.

Sebenarnya ada banyak lagi nama mereka, umpamanya di dalam Surah Al-Fatihah saja ada 6 nama anak syaitan @ anak Iblis. Semuanya nak menyesatkan umat manusia, khususnya yang Islam dan beriman kepada ALLAH SWT.

Semoga kita mendapat serba sedikit ilmu manfaat daripada secebis pengetahuan yang ada ini, khasnya untuk menghadapi godaan syaitan yang amat banyak itu... Amin² ya robal alamin...

P/S: Kopipes dari kawan.. :)

♥ Thanx Sudi Baca Entry RotiKaya.. Mwaahh ♥

Saturday, February 25, 2012

:: Bilik Baru Semangat Pon Baru ::

Hello Peeps & Readers!!

Mesti korang semua dah taw kan aku pindah bilik baru..
Kalo xtaw baca SINI..
Now, aku da sem 6 kat UUM ni..
Aku stay kat dpp Tradewinds..
FYI, tiap sem bilik kitaowg pon akan bertukar jugak..
Sem ni aku dapat roomate baru lak, setelah 3 sem berROOMATEkan dengan roomate yg lama.
Sem ni aku sebilik dengan junior laik.. Dia RA (Resident Assistant).. Tugas dia jaga kebajikan & keamanan blok la katakan. heheh.. 
First time kot roomate dengan RA ni. So dapatla bilik 3B 118 DPP TRADEWINDS.
Nasib baek la kami ni sekepala jugak. Dala kami ni kuat tido. Buatnya ada orang nak sakit ke hape ke.. Sempat kot dia sembuh baru kami bangun.. wakakakakaa.

Ni lah katil aku.. Banyak kan bantal aku tapi xpakai pon.. sekadar  susun kat tepi jew kalo nak tido..  *dasar penakut!!

Sem ni baju aku sikit jew.. xnak susun banyak2 kat loker nanti jenuh nak kemas balek.

Semangat nak study hard sem ni kan.. so banyak la buku yang tersusun kat situ.. Lagipon kan ada baucer so beli buku banyak2 lorhh.

Tempat aku setadi, pesbuking & belogging.. hehehe



P/s: Orang laen tengah sibuk p meeting aku sibuk menghapdate belog aku.. hahahah..


♥ Thanx Sudi Baca Entry RotiKaya.. Mwaahh ♥

Friday, February 24, 2012

:: Shopping Sakan ::

Hello peeps!!

Woowww.. Macam gempak je kan title entry kali ni.. Hahaahah..
Tadi aku bersoping sakan dengan boipren aku ni.. 
Kitaowg shopping sampai xingat dunia.. Xtaw nak ambik barang apa dah..
Soping macam duit ptptipu da kuar je an.. 
Syokk la soping bila pau baucer boipren.. wakakaakakakaka..
Amik je apa aku nak amik.. lalalaalalalal..
Kitaowg pegi serbu POPULAR kat Star Parade, Alor Star..
Nak taw kitaowg belanja bapa kat dalam tu??
RM150.. Ko mampu?? hhaahahah..
150 hengget tu stationery je.. Ingat nak beli buku or novel tapi aku xminat la baca novel ni.. heheheeh
Dekat sejam lebih jugak kami dalam tu cari barang..

Ni barang aku je.. AAY punya xmasuk lgk..

Lepas je bersoping kat Popular tu, kitaowg pegi makan lak kt KFC Jln Limbang.
Itu pon guna baucer KFC yg aku dapat cz jadi urusetia pertandingan Catur Bistari..
Untungla semua barang2 ari ni dibeli guna baucer.. Bahagianya hidup..
Lepas tu pulak, kitaowg singgah kat Ketari Merah.. Ala kat Changlun je ponn..
Beli cooler, card reader, & handsfree pon pakai baucer gak.. 
Aku pau habis2 boipren aku ni.. Sory ye encik AAY..
Semua soping arini berjumlah rm200.. Naseb baek la ada baucer buku 2..


P/s: Nak tido da.. Esok ada gotong royong blok plak.. Nak tido awal kot2 esok pagi buka mata ada baucer terselit bawah bantal bushuk aku.. hahahahaha.. Adiosss!!


♥ Thanx Sudi Baca Entry RotiKaya.. Mwaahh ♥

Monday, February 20, 2012

:: Sem 6 Sudah.. ::

Mownink peeps & readers!!

Waahh.. Terasa macam setahun x hapdate belog aku ni.
Cuti2 pon malas nak bwat entry baru..
Al-maklumlah tengah praktikal jadi suri rumah.. wakakakaka..
Semalam. 19hb UUM da start kelas even hari minggu urg laen tengah syiook tidoo kami tetap gagahkan diri bangun pagi pegi kelas..
Actually, aku nak bwat entry ni semalam lagik tapi balek dari kelas jak tido.. 
Malam da xsempat coz bejalan g beli barang lak..
Sekarang ni da tido awal xmacam sem lepas macam burung hantu!!
Semalam g kelas 9.30.. Subjek STID 1103 APLIKASI KOMPUTER..
Kelas tu ok lecturer pon oke jugak.. Tapi kebanyakan dalam kelas tu junior..
En. Tarmizi.. Tu nama lecturer aku.. 
Lepas tu sesi suai kenal la kunun.. Tiba2 lecturer tu sebut no matrik aku lak..
Addeeeiii.. Dengan bangga aku berdiri & kenalkan diri aku..
I'm Proud To Be Sabahan!!
Soalan tu aku xkesah sangat tapi yg xbole tahan ni bole lak lecturer aku ni tanya aku da ada boipren ke belum..
Aku senyum2 kambing jak la.. Xtaw nak cakap apa...
Maluu sseeeyyhhh...
Aku bwat entry pepagi buta ni pon ada sebab.. Sebabnya lecturer tu suh kami create blog tuk axment tapi yg dah ada belog tu bole go on jak.. heheheheh..
Ohh.. Yaaa... Lupa nak bagitaw aku da terpisah dengan roomate lama aku &sekarang duk dengan junior lak.. Tapi bilik sebelah2 je dengan roomate lama.. hehehe..



P/s: Semangat nak p kelas ni.. Azam sem ni nak rajin2 p kelas.. wakakakaka.. Nak p mandi jap.. okebai!!

♥ Thanx Sudi Baca Entry RotiKaya.. Mwaahh ♥

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...